Tuesday, July 10, 2007

DARI MAHASISWA KEPADA MAHASISWA

MAHASISWA

Dia bergelar MAHASISWA
Tapi..
Dia tak tahu APA-APA
Mungkinkah..
Dia keliru pada dirinya SIAPA
Kerana..
Dia MAHASISWA yang LENA
Apabila..
Dia MAHASISWA disekat AUKU

1 comment:

katana said...

assalamualaikum

Saya amat tertarik dengan kehebatan anda mengendalikan blog ini. Ini merupakan suatu kebebasan bersuara dan kebebasan media yang perlu kita perjuangkan.

Baru-baru ini dalam akhbar tabloid tempatan ada menyiarkan amaran daripada Timbalan perdana menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak berkenaan amaran kepada pengendali blog yang menyentuh isu sensitif mungkin akan di ISA kan.

Saya kira ini bukanlah satu alasan atau penghalang yang kukuh untuk anda berputus asa menulis bekenaan isu mahasiswa di kampus. Semangat sebegini sudah tidak lagi menjadi budaya kepada mahasiswa. Mahasiswa seharusnya memainkan peranan mereka dalam menjadi mereka sebagai orang yang menyambil tahu masalah yang berlaku dalam negara.

Ingin saya petik apa yang telah dinyatakan dalam akhbar Berita Harian bekenaan ancaman kepada blogger seperti anda

'KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas, termasuk mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 121b Kanun Keseksaan (KK) terhadap penulis laman blog yang menyentuh isu sensitif, termasuk menghina Yang di-Pertuan Agong dan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata kerajaan sudah banyak bersabar dan tidak akan bertolak ansur lagi dengan perbuatan keterlaluan penulis blog.

“Kerajaan tidak mahu dilihat sebagai tidak bermaya, jadi masanya sudah tiba untuk kita ambil tindakan terhadap orang seperti ini. Apakah penulis blog ingat mereka seperti Ahli Parlimen yang boleh cakap apa saja, sedangkan Ahli Parlimen pun ada peraturan sendiri.

“Saya beri jaminan kita akan ambil tindakan... kita sudah banyak bersabar," katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 di Dewan Negara, semalam, yang kemudian diluluskan.


teruskan usaha anda

daripada mahasiswa untuk mahasiswa