Wednesday, June 13, 2007

KEMURKAAN ILAHI...

Daripada Tarmidzi, daripada Ali, bersabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka Allah menimpakan bencana ke atas mereka iaitu:
1.Harta dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.
2.Wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.
3.Sesuatu diamanahkan jadi milik sendiri.
4.Suami terlalu mentaati isteri.
5.Anak menderhaka kedua ibu bapanya.
6.Memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7.Banyak bunyi bising.
8.Membicarakan hal keduniaan dalam masjid.
9.Pemimpin dihina kaum sendiri.
10.Memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman.
11.Arak minuman biasa dalam majlis.
12.Ramai lelaki memakai sutera.
13.Wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.
14.Wanita mula bermain alat muzik.
15.Orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

renungan buat kita bersama kembali padaNya...salam aspirasi Mahasiswa Islam

Tuesday, June 5, 2007

sahabat...

sahabat..
hari ini kiota bersyukur..
kita masih di beri nikmat IMAN dan ISLAM..

sahabat,,
perjuangan dalam kehidupan datang menimpa-nimpa
kadang-kadang tanpa kita sedari
kita mungkir padaNya..

sahabat...
teruskanlah perjuangan dalam meniti liku-liku hidup ini
dengan penuh kesabaran

sesungguhnya
Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar...

Sunday, June 3, 2007

Pengenalan psikologi dakwah kepada masyarakat

Secara fitrahnya, manusia suka hidup bersama dan berkumpulan. Manusia tidak dapat bersendirian dalam semua masa. Manusia memerlukan antara satu sama lain untuk hidup. Dengan itu, manusia adalah masyarakat sosial kerana manusia sentiasa berinteraksi antara satu sama lain (Thompson dan DeBold, 1971: 95).[1]
Dakwah melihat hidup berkumpulan, bergaul, berinteraksi, tolong menolong dalam kebaikan. Untuk mencapai kehidupan sosial yang baik, sebagaimana yang dikehendaki, dakwah secara psikologinya perlu diwujudkan melalui pembinaan sosial yang mantap.
Terdapat pelbagai perancangan yang diatur bagi tujuan pembinaan sosial, antaranya ialah;
Perlantikan ketua
Sembahyang berjemaah
Menunaikan haji
Tanggungjawab berjiran
Persaudaraan Islam
Tolong menolong
Memenuhi keperluan orang lain
Memperbaiki masalah perhubungan masyarakat
Satu jemaah dan kesatuan
Menjaga lidah

Definisi masyarakat

Kamus Dewan Edisi Ketiga (muka surat 865) mendefinisikan masyarakat sebagai;
kumpulan manusia yang hidup bersama di sebuah tempat dengan aturan dan cara tertentu, pergaulan hidup.
keseluruhan hubungan antara kumpulan haiwan

Interpretasi sosial

Istilah sosial menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (muka surat 1301), iaitu segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan, berkaitan dengan masyarakat, dikaitkan dengan persahabatan, contohnya : aktiviti sosial, dikaitkan dengan sikap suka bergaul dan bermesra, contoh: gadis yang bersosial, berkaitan dengan hal kemasyarakatan, contoh: pemimpin yang bersosial
Istilah sosial menurut Diana Conyers, pensyarah Institut Perancangan Pembangunan, Nottingham. Merujuk kepada lima maksud;[2]

istilah sosial yang dikaitkan dengan hiburan, contoh: Taman Negara, padang permainan kanak-kanak dan lain-lain.
istilah sosial sebagai perkataan lawan kepada perseorangan. Sekumpulan manusia yang dikaitkan dengan istilah `masyarakat` dan `komuniti`.
istilah sosial yang berkaitan dengan manusia bukannya benda.
istilah sosial sebagai berlawanan dengan ekonomi.
istilah sosial yang dikaitkan dengan konsep sosial dengan maksud tertentu iaitu manusia mempunyai beberapa hak asasi sebagai ahli dalam masyarakat.
Nilai sosial masyakat Asia dan Amerika Syarikat[3]

Nilai sosial utama masyarakat Asia
Nilai sosial uatam masyarakat Amerika Syarikat
Kerukunan masyarakat
Harmoni
Kebertanggungjawaban
Terbuka kepada pemikiran baru
Kebebasan bersuara
Menghormati pihak berkuasa
Kebebasan bersuara
Kebebasan peribadi
Hak-hak individu
Perdebatan terbuka
Berfikir sendiri
Kebertanggungjawaban Pegawai Awam
Program-program pembinaan sosial sebagai psikologi dakwah kepada masyarakat

PERLANTIKAN KETUA

Manusia sukakan kuasa, kerana kuasa dapat memenuhi kebanyakan kemahuan dan kehendak manusia. Dakwah tidak menafikan kecenderungan ini dan dianggap sebagai salah satu keperluan dalam Islam.
Malah disarankan dalam Islam agar ketua dilantik walaupun dalam kumpulan yang kecil.
Sabda Nabi s.a.w :
ﺍﺬﺍ ﺨﺮﺥ ﺜﻼﺜﺔ ﻓﻲ ﺴﻔﺮﻓﻠﻴﺆﻤﺮﻮﺍﺍﺣﺪﻫﻡ
Maksudnya: Apabila tiga orang dalam perjalanan dalam sesuatu musafir, maka salah seorangnya hendaklah dilantik sebagai ketua.
(oleh Abu Daud ~Ibn Taimiyah, t.t: 169)
Sabda Nabi s.a.w :
ﻜﻟﻜﻡ ﺮﺍﻉ ﻮﻜﻟﻜﻡ ﻤﺴﺆﻮﻞﻋﻦ ﺮﻋﻴﺘﻪ
Maksudnya : Semua kamu menjadi penguasa dan semua kamu bertanggungjwab atas jagaan masing-masing.
(oleh Bukhari dan Muslim~ al-Nawawi, cet. 2: 151)

Dengan ini dapat dilihat bahawa kehidupan sosial yang mantap melalui kepimpinan yang diatur oleh dakwah dengan tanggungwab ketua, terutamanya menjaga kepentingan orang ramai yang mesti dilaksanakan dengan sempurna. Oleh yang demikian, kehidupan sosial di antara kepimpinan dan kalangan yang dipimpinnya itu berlangsung dengan sistematik dan sejahtera.

SEMBAHYANG BERJEMAAH

Sembahyang secara berjemaah adalah dituntut dalam Islam. Sebuah kajian telah dijalankan di mana solat berjemaah dapat menjadi sumber kekuatan umat Islam secara keseluruhannya.
Solat berjemaah dapat menjana interaksi dan pergaulan antara satu sama lain. Wujud kemesraan di kalangan ahli masyarakat seterusnya mewujudkan rasa kebersamaan dan semangat kekitaan.
Situasi ini juga dapat dilihat melalui usaha Baginda Nabi s.a.w membina masjid sebagai langkah pertama untuk menyatupadukan masyarakat Islam.
Tambahan pula, darjat orang yang menyertai solat secara berjemaah adalah lebih tinggi berbanding orang solat secara bersendirian. Sebagaimana hadis Nabi s.a.w. :

ﺼﻼﺓ ﺍﻠﺠﻤﺍﻋﺔ ﺃﻔﻀﻞﻤﻦ ﺼﻼﺓ الفذ ﺒﺴﺒﻊ ﻮﻋﺸﺮﻴﻦ ﺪﺭﺠﺔ
Maksudnya : Sembahyang berjemaah lebih baik dari bersembahyang berseorangan dengan 27 kali ganda.
(oleh Bukhari dan Muslim~ Baliq: 143)

Sabdanya lagi:
ﺒﺸﺮﻮﺍ ﺍﻠﻤﺸﺍﺌﻴﻦﻔﻲ ﺍﻠﻈﻠﻢﺍﻠﻲ ﺍﻠﻤﺴﺍﺠﺪ ﺒﺍﻠﻨﻮﺮﺍﻠﺘﺎﻢ ﻴﻮﻡ ﺍﻠﻘﻴﺍﻤﺔ
Maksudnya: Beritahulah berita baik kepada orang-orang yang suka berjalan dalam gelap untuk pergi ke masjid-masjid bahawa mereka akan mendapat cahaya yang sempurna pada hari kiamat.
(oleh Abu Daud dan al-Tarmizi~ Baliq: 144)

Hadis di atas juga memberi galakan yang sangat jelas kepada orang Islam supaya dating berjemaah di masjid-masjid dengan dijanjikan suatu pemberian yang sangat berharga pada hari kiamat.
MENUNAIKAN HAJI

Haji merupakan ibadat yang dilakukan secara beramai-ramai oleh umat Islam dari seluruh dunia. Selain itu, ibadah haji dapat melatih masyarakat Islam supaya dapat saling memberi kerjasama dan tidak mengamalkan kasta dalam kehidupan. Allah berfirman:

kptø:$# ֍ßgô©r& ×M»tBqè=÷è¨B 4 `yJsù uÚtsù ÆÎgŠÏù ¢kptø:$# Ÿxsù y]sùu‘ Ÿwur šXqÝ¡èù Ÿwur tA#y‰Å_ ’Îû Ædkysø9$# 3
$tBur (#qè=yèøÿs? ô`ÏB 9Žöyz çmôJn=÷ètƒ ª!$# 3 (#rߊ¨rt“s?ur cÎ*sù uŽöyz ÏŠ#¨“9$# 3“uqø)­G9$# 4 Èbqà)¨?$#ur ’Í<'ré'¯»tƒ É=»t6ø9F{$# ÇÊÒÐÈ
Maksudnya: “(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi[122], barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats[123], berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa[124] dan bertakwalah kepada-Ku Hai orang-orang yang berakal.”[4]
(surah al-Baqarah: 197)
Ayat di atas menerangkan beberapa larangan dan galakan terhadap para jemaah haji ketika menunaikan haji. Keadaan ini adalah untuk membina hubungan baik di antara orang Islam.

TANGGUNGJAWAB BERJIRAN

Dipercayai bahawa empat puluh buah rumah di sekeliling setiap rumah yang didiami adalah bertaraf jiran. Jiran adalah orang terdekat yang boleh dirujuk samada ketika susah ataupun senang selain ahli keluarga sendiri.
Setiap orang mempunyai tanggungjwab masing-masing terhadap antara satu sama lain. Nabi s.a.w bersabda :

ﻮﺍﻠﻟﻪﻻﻴﺆﻤﻥ ﻮﺍﻠﻟﻪﻻﻴﺆﻤﻥﻮﺍﻠﻟﻪﻻﻴﺆﻤﻥ ﻘﻴﻞ ﻤﻥ ﻴﺎﺮﺴﻮﻞﺍﻠﻟﻪ ﻘﺎﻞﺍﻠﺬﻯﻻﻴﺆﻤﻦ ﺠﺎﺮﻩﺒﻮﺍﺌﻗﻪ
Maksudnya: Demi Allah, tidak beriman. Demi Allah, tidak beriman. Demi Allah, tidak beriman. Lalu ditanya, siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Orang yang jirannya tidak selamat daripada pengkhianatan dan kejahatannya.
(oleh Bukhari dan Muslim~ al-Nawawi, cet. 2: 153)

Seterusnya Nabi juga bersabda yang membawa maksud:

“Apabila kamu memasak gulai, maka perbanyakaknlah kuahnya, kemudian tengoklah jiran engkau dan hulurkanlah kepada mereka dengan baik. ”

Begitu juga dengan hadis Nabi berikutnya yang mengarahkan supaya kita menjadi jiran terbaik dan disenangi oleh jiran-jiran yang lain;

ﺨﻴﺮﺍﻷﺼﺤﺎﺐ ﻋﻨﺪ ﷲ ﺘﻌﺎﻠﻰ ﺨﻴﺮﻫﻢ ﻠﺼﺎﺤﺒﻪ ﻮﺨﻴﺮﺍﻠﺠﻴﺭﺍﻦﻋﻨﺪ ﷲ ﺘﻌﺎﻠﻰﺨﻴﺭﻫﻢ ﺍﻠﺠﺎﺭﻩ

Maksudnya: “Kawan yang terbaik di sisi Allah ialah orang yang terbaik kepada kawannya dan jiran yang tebaik di sisi Allah ialah orang yang paling baik kepada jirannya.”
(oleh al-Tarmizi~ ibid: 154)

Tidak dapat tidak semua orang perlu berlaku baik kepada jiran serta antara satu sama lain ini akan membina hubungan sosial yang sihat dalam sesebuah masyarakat.

PERSAUDARAAN ISLAM

Persaudaraan Islam dalam masyarakat menjadi tunjang agama yang mesti dipelihara dengan sebaiknya. Terdapat pelbagai saranan dalam al-Quran bagi tujuan ini.
Firman Allah:
$yJ¯RÎ) tbqãZÏB÷sßJø9$# ×ouq÷zÎ) (#qßsÎ=ô¹r'sù tû÷üt/ ö/ä3÷ƒuqyzr& 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ÷/ä3ª=yès9 tbqçHxqöè? ÇÊÉÈ
Maksudnya: “ Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”
Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 103:
(#qßJÅÁtGôã$#ur È@ö7pt¿2 «!$# $Yè‹ÏJy_ Ÿwur (#qè%§xÿs? 4 (#rãä.øŒ$#ur MyJ÷èÏR «!$# öNä3ø‹n=tæ øŒÎ) ÷LäêZä. [ä!#y‰ôãr& y#©9r'sù tû÷üt/ öNä3Î/qè=è% Läêóst7ô¹r'sù ÿ¾ÏmÏFuK÷èÏZÎ/ $ZRºuq÷zÎ) ÷LäêZä.ur 4’n?tã $xÿx© ;otøÿãm z`ÏiB Í‘$¨Z9$# Nä.x‹s)Rr'sù $pk÷]ÏiB 3 y7Ï9ºx‹x. ßûÎiüt6ムª!$# öNä3s9 ¾ÏmÏG»tƒ#uä ÷/ä3ª=yès9 tbr߉tGöksE ÇÊÉÌÈ
Maksudnya: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”

Ayat di atas menganjurkan perpaduan dan mengelakkan perpecahan yang menjadi punca runtuhnya institusi sosial sesebuah masyarakat.
Memetik kata-kata yang pernah disuarakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad:
“Walaubagaimana kaya sesebuah Negara, walau bagaimana cekap dan cerdik penduduknya, tidak akan bermakna tanpa perpaduan ”
Setiap ahli masyarakat itu adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Oleh yang demikian, persaudaraan Islam atau ukhwah hendaklah sentisa dijaga supaya tidak diganggu gugat oleh musuh yang ingin menjatuhkan Islam dan umatnya.

TOLONG MENOLONG

Manusia dilahirkan dengan fitrah untuk bersosial tidak dapat lari daripada tanggungjawab untuk saling tolong-menolong antara sesama masyarakat. Mereka juga tidak mampu memenuhi keperluan fizikal tanpa kehadiran orang lain dalam sebuah kehidupan yang sempurna.
Firman Allah;
(#qçRur$yès?ur ’n?tã ÎhŽÉ9ø9$# 3“uqø)­G9$#ur ( Ÿwur (#qçRur$yès? ’n?tã ÉOøOM}$# Èbºurô‰ãèø9$#ur 4
Maksudnya: “dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

Ayat di atas jelas memberikan arahan dan perintah dari Allah untuk orang Islam saling tolong-menolong melakukan kebaikan kerana ia adalah tanggungjawab dan peranan yang wajib dipikul dalam kehidupan sosial. Sifat tolong-menolong sesama masyarakat Islam penting untuk membentuk sebuah masyarakat yang kuat dan harmoni.

Dan berkata Saidina Ali bin Abi Talib R.A di dalam kitab Bidayatul Hidayah [5]
“saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan ia sanggup berkorban kerana memberi manfat kepadamu, dan ia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian”.

MEMENUHI KEPERLUAN ORANG LAIN

Umat Islam mempunyai ikatan yang kuat iaitu satu akhidah yang sama. Ikatan rapat ini memerlukan setiap orang dapat menampung kekurangan individu lain dengan memenuhi kehendak dan keperluannya. Usaha menunaikan hajat orang lain adalah usaha yang sangat mulia dan mencerminkan akhlak yang baik.

Sabda nabi S.A.W:
“ Orang Islam itu saudara kepada orang Islam yang lain. Tidak boleh menzalimi dan menghina. Siapa yang menangani hajat saudaranya, Allah akan menangani hajatnya. Siapa yang menyelesaikan masalah orang Islam, Allah akan menyelesaikan masalahnya pada hari kiamat. Siapa yang menutupi keaiban orang Islam, Allah akan menutupi keaibannya pada hari kiamat.” (Bukhari dan Muslim)

Hadith tersebut menjelaskan supaya orang Islam berusaha menunaikan hajat dan keperluan orang lain untuk mendapat ganjaran istimewa di akhirat yang dijanjikan Allah.
MEMPERBAIKI MASALAH HUBUNGAN MASYARAKAT

Masalah perpecahan dalam masyarakat negara perlu dipandang serius terutama masyarakat Islam yang membawa mesej dakwah dan identiti agama Islam tu sendiri. Tugas seorang dai’e sangat berat untuk menjaga masyarakatnya supaya sentiasa berada dalam keadaan kebaikan. Maka, jika berlaku masalah hubungan antara satu sma lain, menjadi tanggungjawab bersama memperbaiki masalah tersebut.
Firman Allah;
$yJ¯RÎ) tbqãZÏB÷sßJø9$# ×ouq÷zÎ) (#qßsÎ=ô¹r'sù tû÷üt/ ö/ä3÷ƒuqyzr& 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ÷/ä3ª=yès9 tbqçHxqöè? ÇÊÉÈ
Maksudnya: “sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelagah itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh selamat”

Ayat tersebut memberi perintah yang jelas untuk orang Islam segera memperbaiki hubungan jika berlaku masalah hubungan antara mereka.

SATU JAMAAH DAN KESATUAN

Tanggungjawab beramal dan bekerja untuk Islam dilihat dari sudut ianya sebagai suatu kewajipan taklif syarie, dapatlah dianggap sebagai satu tanggungjawab fardhi. Oleh kerana beramal untuk Islam itu kewajipan individu, maka amal ini adalah juga merupakan kewajipan jamaah secra kolektif jika ditinjau dari sudut perlaksanaanya.
Ini dibuktikan oleh amal yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dalam menghadapi jahiliah, dalam usaha mengembalikan kehidupan Islam. Rasulullah S.A.W tidak menggunakan uslub amal fardhi samata-mata, malah sejak awal-awal lagi baginda telah mengambil berat usaha menubuhkan satu jamaah.[6]
Segala ajaran dan aktiviti sosialnya diselaraskan dengan kepentingan jamaah dan kesatuan ini untuk satu matlamat yang sama. Pernyataan ini dibuktikan melalui firman Allah:
¨bÎ) ÿ¾ÍnÉ‹»yd öNä3çF¨Bé& Zp¨Bé& Zoy‰Ïmºur O$tRr&ur öNà6š/u‘ Âcr߉ç7ôã$$sù ÇÒËÈ
Maksudnya: “Sesungguhnya ugama Islam Inilah ugama kamu, ugama Yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka Sembahlah kamu akan daku”.

MENJAGA LIDAH

Masalah lidah yang tidak terkawal adalah menjadi penyebab utama perpecahan dan merosakkan kesatuan umat Islam. Sikap mengeji, mengumpat, mencaci dan menghina orang lain gemar dikeluarkan dari lidah manusia.
Menurut Imam Ghazali dalam bab menjaga lidah, betapa ramai orang di akhirat nanti dihumban ke api neraka jahanam akibat jenayah oleh lidah yang dilakukan mereka.[7] Oleh itu, kata beliau jagalah lidah daripada lapan perkara; 1.bohong, 2.menyalahi janji, 3.mengumpat, 4.bertengkar, 5. memuji diri, 6.melaknat, 7.mendoakan kecelakaan orang lain dan 8. mengejek-ngejek orang.
Firman Allah;
$¨B àáÏÿù=tƒ `ÏB @Aöqs% žwÎ) Ïm÷ƒy‰s9 ë=‹Ï%u‘ Ó‰ŠÏGtã ÇÊÑÈ
Maksudnya: “Tidak ada sebarang perkataan Yang dilafazkannya (atau perbuatan Yang dilakukannya) melainkan ada di sisiNya malaikat Pengawas Yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”

Dan firmanNya lagi;
×@÷ƒur Èe@à6Ïj9 ;ot“yJèd >ot“yJ—9 ÇÊÈ
Maksudnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,”

Melalu kedua-dua ayat ini, maka jelaslah bahawa Allah melaknat mereka yang menyalahgunakan pancaindera tersebut yang boleh merosakkan hubungan dalam masyarakat. Masyarakat Islam di ajar untuk saling kasih mengasihi saudaranya.
Sikap memburukkan orang lain bukan sahaja merosakkan hubungan sesame orang Islam, malah dari sudut psikologinya mampu menjatuhkan estim seseorang individu. Dalam teori Maslow, keperluan kasih sayang terletak pada kedudukan kedua selepas kesempurnaan kendiri.[8]
Masalah masyarakat Malaysia kini dan cabarannya

· Perilaku keruntuhan akhlak[9]
1. budaya kuning
2. jenayah seks
3. bersekedudukan
4. lari dari rumah
5. pengabaian warga tua
6. penderaan anak
7. menggugurkan anak
8. vandalisme
9. penagihan dadah dan arak
10. kes juvana
11. sumbang mahram

· faktor-faktor penggalak kepada keruntuhan akhlak
1. ketandusan iman kepada Allah
2. terpengaruh dengan nilai atau budaya barat
3. mengikut hawa nafsu
4. pengabaian ibu bapa
5. pergaulan bebas

mekanisma kawalan
institusi dakwah yang utama di Malaysia
- PUM (Persatuan Ulama` Malaysia)
- PERKIM
- JAKIM
- IKIM
- YADIM
- ABIM
- JIM

institusi masjid
- mantapkan program-program yang dijalankan di masjid (kelas pengajian agama, kursus perkahwinan kursus haji dan umrah, program rakan masjid, seminar keibuapaan/ kekluargaan, sambutan hari kebesaran Ialam, forum perdana dan lain-lain.)

institusi sekolah
- persekitaran yan kondusif
- misi sekolah yang jelas dan kakitangannya mempunyai tanggungjawab bersama
- hubungan sekolah dan ibu bapa yang positif
- guru yang berkepimpinan dan bersikap pendidik
- pengetua sebagai pembimbing
Nilai murni sebagai pengawalan perilaku masyarakat[10]

Hal ini dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Di antaranya ialah:
menerusi pendidikan formal seperti pendidikan morality
menerusi pendidikan prasekolah
menerusi pendidikan tidak formal seperti bercerita, membaca buku, menonton drama yang wajar, membaca puisi yang wajar, menonton filem yang wajar
menerusi pendidikan sastera termasuk peribahasa
menyelesaikan dalam kelas masalah-masalah sosial dalam bentuk permainan atau games ‘what if’
menerusi media cetak dan elektronik dan lain-lain

Implikasi kepada Malaysia
Malaysia terdiri daripada sebuah masyarakat aneka budaya, aneka etnik, aneka bahasa, aneka agama dan kepercayaan, serta aneka pandangan hidup yang mempunyai ciri untuk memperkukuh persepsi kelainan dan perbezaan.
Malaysia yang dalam zaman British dulu bersifat masyarakat majmuk (plural society). Kini dalam era merdeka beransur-ansur menjadi masyarakat berbilang budaya (multi-cultural society). Malaysia juga baru hampir separuh abad evolusinya sebagai suatu bangsa dan masih berterusan proses evolusinya, dan penduduk Malaysia mempunyai suatu jalinan peradaban Timur.

PENUTUP

Nilai masyarakat yang kian lemah perlu diberikan suntikan agama kembali. Seorang pengkaji psikologi masyarakat Malaysia bukan Islam telah menyatakan dalam pembentangannya mengakui bahawa agama adalah kaedah spiritual penting untuk membawa manusia kembali ke jalan da matlamat yang benar.
Baginya, kekurangan spiritual agama menyebabkan kesakitan. Dan mengakui bahawa kepercayaan dan pegangan agama memberi satu ruang kepada pesakit untuk bergantung dari segi psikologikal. Katanya lagi, apabila ada agama, pesakit dapat lebih tabah untuk menghadapi cabaran. Agama adalah caping atau satu cara daya tahan sakit baginya penting untuk penjagaan spiritual pesakit.[11]
Kesimpulannya, para pendakwah perlulah mengetahui ilmu psikologi ini untuk memahami sasaran dakwah terutamanya masyarakat kita sekarang. Segala tingkah laku dan kegiatan kejiwaan yang berlaku semuanya berbalik kepada keperluan agama itu sendiri. Pendakwah perlu bijak menggunakan peluang yang ada ini dengan sebaiknya.


RUJUKAN

Ab. Aziz Mohd Zin, Metodologi Dakwah. Penerbit Universiti Malaya

Abdullah Hassan.(2002). Psikologi moden untuk pendakwah. Pahang: PTS P ublication & Distributor Sdn Bhd

Abu Hamid Al Ghazali. (1993). Bidayatul hidayah (terj: Abu Ali Al Banjari An Nadawi), Kedah: Khazanah Banjarih

Chan Bee Lian. Penyakit tenat: peringkat penerimaan oleh pesakit dan daya tindak terhadap pesakit. Kertas kerja seminar psikologi masyarakat Malaysia(2003). Universiti Malaysia Sabah.

Diana conyers, 1984, An Introduction to Social Planning in the Third World.

Fathi Yakan. (2000). Apa ertinya saya menganut islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Isim Minda, Dis 05/ vol 04

Kamarudin Atat Arsad. Jenayah seksual: fenomena yang mengancam golongan remaja. Kertas kerja seminar psikologi masyarakat Malaysia, (2003). Universiti Malaysia Sabah.
[1] Ab. Aziz Mohd Zin, Metodologi Dakwah. Penerbit Universiti Malaya, hlm212.
[2] Diana conyers, 1984, An Introduction to Social Planning in the Third World.
[3] Isim Minda, Dis 05/ vol 04, hlm 4
[4] [122] ialah bulan Syawal, Zulkaidah dan Zulhijjah.
[123] Rafats artinya mengeluarkan perkataan yang menimbulkan berahi yang tidak senonoh atau bersetubuh.
[124] maksud bekal takwa di sini ialah bekal yang cukup agar dapat memelihara diri dari perbuatan hina atau minta-minta selama perjalanan haji.


[5] Abu Hamid Al Ghazali. (1993). Bidayatul hidayah (terj: Abu Ali Al Banjari An Nadawi) , Kedah: Khazanah Banjarih.hlm 165
[6] Fathi Yakan. (2000). Apa ertinya saya menganut islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd. hlm.140-143
[7] Abu Hamid Al Ghazali. (1993). Bidayatul hidayah (terj: Abu Ali Al Banjari An Nadawi) , Kedah: Khazanah Banjarih.hlm 116
[8] Abdullah Hassan.(2002). Psikologi moden untuk pendakwah. Pahang: PTS P ublication & Distributor Sdn Bhd.hlm. 30-31
[9] Kamarudin Atat Arsad. Jenayah seksual: fenomena yang mengancam golongan remaja. Kertas kerja seminar psikologi masyarakat Malaysia(2003). Universiti Malaysia Sabah.hlm168-178
[10] ISM Minda, Dis 05/ vol 04, hlm 10
[11] Chan Bee Lian. Penyakit tenat: peringkat penerimaan oleh pesakit dan daya tindak terhadap pesakit. Kertas kerja seminar psikologi masyarakat Malaysia(2003). Universiti Malaysia Sabah.hlm105-106

RETORIK PENGUCAPAN DAKWAH: Tn Guru Nik Abd Aziz B Nik Mat

PENDAHULUAN
Istilah “retorik” pada pengertian popular dikaitkan dengan makna yang negatif, iaitu apa-apa yang dikatakan sebagai retorik kosong, iaitu ucapan yang muluk-muluk tanpa isi kandungan yang bernas. Pengertian ini sering dihubugkaitkan dengan ahli politik atau mereka yang suka berjanji demi mendapatkan sesuatu tetapi tidak pernah menunaikannya. [1]
Retorik secara ilmiah adalah mempunyai maksud yang disebaliknya. Retorik umumnya ialah kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Selain itu, retorik juga diertikan sebagai seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar.[2]

FAKTOR PEMILIHAN TOKOH
Penulis memilih tokoh ini kerana penulis merasakan bahawa beliau (Tok Guru) mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan dalam menyampaikan dakwah. Tok Guru dikagumi oleh penulis sejak penulis di zaman kanak-kanak lagi, ini kerana bapa penulis sangat gemar mengumpul CD dan kaset-kaset Tok Guru. Rentetan daripada itu, penulis juga secara beransur-ansur telah mula meminati pengucapan Tok Guru.
Ketika itu, penulis sangat bercita-cita untuk bersua dengan Tok Guru pada suatu masa nanti. Maka, dengan rahmat dan inayahNya, penulis telah dipermudahkan jalan apabila dapat melanjutkan pelajaran ke Akademi Pengajian Islam (program asasi) Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan.
Bagaikan tidak percaya, akhirnya penulis dapat juga menjejakkan kaki ke bumi Serambi Mekah itu. Penulis tidak dapat membohongi diri lagi bahawa beliau sememangnya mempunyai keunikan tersendiri yang mampu menarik hati sesiapa sahaja yang mendengar pengucapannya.
RETORIK PADA “TOK GURU”
Ucapan tanpa retorik akan kedengaran mendatar dan akhirnya tidak meninggalkan kesan di jiwa khalayak. Bagi Aristotle, retorik tidak lain daripada “kemampuan untuk menentukan, dalam kejadian tertentu dan situasi tertentu, metode persuasif yang ada”. Pada tahap ini juga, pembicara merumuskan tujuan dan pengumpulan bahan (argument) yang sesuai dengan kehendak khalayak.[3]
Aristotle telah memperkenalkan tiga kaedah untuk mempengaruhi manusia melalui pidato iaitu ethos, pathos, dan logos. [4] Oleh yang demikian, melalui pengkajian, penulis melihat bahawa elemen-elemen tersebut telah dimiliki oleh Tok Guru dan beliau mengaplimentasi ketiga-tiga elemen tersebut dalam setiap pengucapan dakwah beliau.
1)ETHOS
Aristotle membicarakan ethos dengan mengakui potensi persuasif karakter pengucap atau kredibiliti peribadi seseorang pengucap[5] (pendakwah). Oleh itu, penulis mengakui bahawa Tok Guru mempunyai daya penarik diri yang amat tinggi melalui perwatakkannya yang sederhana serta mudah diterima oleh khalayak.
Selain itu, tiga cara yang diadaptasi melalui ethos oleh Tok Guru ialah pertama, dengan mengisyaratkan bahawa beliau berpengalaman luas[6] tentang perkara yang diperkatakan seperti dalam kebanyakkan pengucapan beliau. Tok Guru amat gemar bercerita dengan menggambarkan dirinya dalam sesuatu perkara untuk lebih difahami oleh khalayak. Contohnya;
“ Kita orang kampong(Malaysia), khasnya (terutama) orang Melayu terkebelakang benar dari segi ilmu, kita hanya tahu bertopok (tertumpu) pada hal feqah, tauhid, tafsir, tapi tak (tidak) tahu ilmu sejarah Nabi S.A.W ”
Keduanya ialah Tok Guru telah dikenali oleh masyarakat setempat sebagai seorang yang jujur dan dipercayai, selain itu Tok Guru juga mempunyai reputasi [7] yang baik sebagai individu yang terhormat sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga telah mendapat gelaran “Tok Guru” daripada masyarakat sendiri.
2)PATHOS
Pathos merujuk kepada rayuan emosi. Menurut Aristotle, bagi memujuk manusia, kita perlu merayu kepada emosi.[8] Pada pengkajian penulis, Tok Guru seringkali dapat mempengaruhi khalayak dengan menyentuh hati mereka dengan membangkitkan emosi dan perasaan kasih, simpati, harapan, semangat perpaduan dan seumpamanya.
Pengucapan dakwah beliau turut menggunakan intonasi dan nada suara turun naik yang seimbang dan sesuai pada sesuatu keadaan. Tambahan pula penggunaan “body language” dan mimik muka beliau menampakkan bahawa Tok Guru benar-benar menjiwai dan menghayati sesuatu perkara yang hendak disampaikan.
3)LOGOS
Penggunaan logos (logik) adalah amat penting dalam membentangkan sesuatu hujah, bukti atau dalil dalam menjelaskan sesuatu perkara. Penulis mengkagumi Tok Guru kerana beliau mampu berhujah dengan ayat-ayat al-Quran dan hadith yang menjadi bukti kukuh dan tepat. Tok Guru juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam segenap bidang seperti ekonomi, politik, sosial, dan isu-isu semasa sains dan tekonologi.
Selain itu, seperkara yang menjadi kelaziman Tok Guru ialah menggunakan perumpamaan yang indah dan tepat [9] sesuai dengan tahap khalayak. Contoh-contoh yang dibawa juga seringkali berkisar tentang keadaan masyarakat setempat supaya lebih mudah difahami dan diterima pendengar.

BIODATA TOKOH [10]

NAMA : TUAN GURU DATO’ HAJI
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT.
TAHUN KELAHIRAN : 1931
TEMPAT KELAHIRAN : KG. PULAU MELAKA
BILANGAN ADIK BERADIK : 8
ANAK KE- : 3

PENDIDIKAN AWAL :
1. SEK. KEB. KEDAI LALAT
2. SEK. PONDOK KELOLAAN TOK KENALI (KUBANG KERIAN)
3. PENGAJIAN PONDOK (JERTEH, BESUT)

PENDIDIKAN TINGGI :
1. UNIVERSITI DEOBAND, INDIA

2. IJAZAH SARJANA MUDA (B.A) PENGAJIAN BAHASA ARAB.
(UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR)
3. IJAZAH SARJANA (M.A) KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN ISLAM
(UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR)

NAMA AYAH : HJ. NIK MAT B. RAJA BANJAR.

NAMA IBU : CIK AMINAH BT MAJID.

NAMA ISTERI : TUAN SABARIAH BT TUAN ISHAK.

KERJAYA : MENTERI BESAR KELANTAN
[1] Lim Kim Kui. (Januari, 2007). Retorik ketakutan dan bahasa politik Amerika.Dewan Bahasa.7(1), 10-11.
[2] Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002). Kamus Dewan (Edisi ketiga). Kuala Lumpur: DBP.
[3] Jalaluddin Rakhmat. (1999). Retorika modern: pendekatan praktis. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarta. hlm.6-7
[4] Ahmad Zahid Hamidi. (2004). Pidato politik: menjadana kredibiliti mendepani khalayak. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. hlm.5-7
[5] Lim Kim Kui. (Januari, 2007). hlm.11
[6] A’ishah Zaharah Ali, (Januari, 2007). Retorik dalam ucapan. Dewan Bahasa.7(1), 28-29.
[7] Ibid.
[8] Lim Kim Kui. (Januari, 2007). hlm.11
[9] Mohd Nasir Awang. (1991 ). Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat: inspirasi kebangkitan ummah Serambi Mekah. Kota Bharu: Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan . hlm. 42-44.
[10] Jamal Mohd Lokman. (1999). Biografi Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz. Selangor: SULFA Human Resources & Development